Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Jika semalam sebanyak 13,944 kes positif Covid-19 direkodkan, angka itu meningkat hampir 4,000 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 17,134 kes jangkitan virus itu dilaporkan pada hari ini.

“Pada 9 Februari 2022, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 17,134 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,956,332 kes,” katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Kali terakhir kes positif mencecah 17,000 pada 17 September 2021 dengan 17,577 kes.

Pada Isnin lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meramalkan negara akan berdepan peningkatan kes sehingga 15,000 kes sehari berikutan gelombang Omicron yang melanda negara kini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Mana suara2 sombong busuk hati ZAHID HAMIDI 15 GENG ANWAR MUNAFIK FUAD JAKARSHI NUR JAZLAN MAT SABURABUT DAN seangkatan dengannya terjerit2 MACAM ORANG GILA GAGAL2 dan minta keabshan TSMY….dabik dada boleh settle macam peti jari

    apalagi kumpul lah beramai2 di parlimen jalanan spt yang dibuat dulu menJATUHKAN KERAJAAN…kononnya DEMI RAKYAT……MEMANG DASAR DAN CIRI MUNAFIKUN

Comments are closed.