Naim Daniel (kanan) dan Joe Flizzow.
KUALA LUMPUR – World Peace Entertainment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Def Jam Recordings mengumumkan Naim Daniel telah berkolaborasi dengan Joe Flizzow untuk mengeluarkan single baharu iaitu Habis Sini.
Kerjasama itu merupakan gabungan rasmi pertama antara kedua-dua penghibur itu, merupakan karya yang dieksperimen oleh Naim Daniel untuk mendapatkan elemen baharu dari dunia hip hop selepas mendapat sambutan yang baik dalam genre balada.
“Saya berasa amat teruja apabila Joe Flizzow bersetuju untuk berkolaborasi. Ia satu penghormatan untuk bekerjasama dengannya,” kata Naim Daniel yang juga seorang penulis lirik dan pelakon.
Kemunculan Joe Flizzow juga tidak dirancang dari awal kerana lagu itu sudah lama dihasilkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
Proses rakaman Habis sini dilakukan pada bulan Ramadan 2021 dengan hanya satu sesi sahaja.
Lagu Habis Sini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube dan Joox.
Kata Naim, produksi muzik yang dikelola oleh Mas Dewangga dan SonaOne telah memberi satu pengalaman baharu terutama dari SonaOne sendiri kerana ini merupakan kerjasama pertama mereka.
Habis Sini mengisahkan tentang bagaimana dalam kehidupan seharian kita akan bertemu dengan manusia yang leka dengan menyebarkan aib dan kebencian kepada orang lain tanpa mengetahui kebenaran yang sebenarnya.
Sementara itu, Habis Sini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube dan Joox.
Muzik video Habis Sini juga dilancarkan pada tarikh yang sama di saluran Youtube World Peace Entertainment. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast