Gambar fail
Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam.

Daripada jumlah itu, 11 kes kematian berlaku di luar hospital.

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, Johor dan Sabah masing-masing mencatatkan lima kes kematian diikuti Selangor empat.

Kedah pula tiga kes kematian, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu masing-masing dua kes.

Perak pula merekodkan satu kes.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian akibat pandemik tersebut terus meningkat kepada 32,149 kes.

Kes aktif yang dilaporkan setakat tengah malam tadi sebanyak 168,447.

Jumlah kes yang menerima rawatan di hospital ialah 199 termasuk 115 memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga kini Malaysia merekodkan 3,041,150 kes jangkitan Covid-19 dengan 20,400 adalah kes import. – MalaysiaGazette