Nur Aini Zolkepeli.

KUALA LUMPUR – Konsep produk mesra wuduk acapkali mengelirukan ramai pihak terutama golongan wanita yang terbiasa bersolek namun dalam masa sama menunaikan solat lima waktu.

Hinggakan ramai menganggap apabila produk itu mesra wuduk, ia bererti tidak perlu mencuci solekan sebelum mengambil air wuduk dan boleh terus bersolat.

Bagi pengasas produk kecantikan dan kosmetik, Nurraysa, Nur Aini Zolkepeli berkata, soal produk mesra wuduk tidak boleh dipandang ringan kerana boleh jadi solat didirikan tidak sempurna tanpa disedari.

Sebab itu katanya, produknya yang terkenal dengan tagline Kosmetik Mesra Wuduk mempunyai asas kukuh terhadap perjuangan produknya sejak awal 2014 hingga kini.

“Berdasarkan kajian dan pemerhatian, dapatlah dirumuskan definisi produk kosmetik mesra wuduk adalah solekan yang menggunakan kosmetik mudah dicuci agar tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit.

“Walaupun begitu produk yang diiktiraf sebagai mesra wuduk tidaklah menjamin ketelapan air wuduk untuk sampai ke kulit kerana memerlukan perbincangan yang khusus.

“Namun apa yang produk saya ketengahkan memang konsep menekan atau mempraktikkan ialah mudah di cuci dan ditanggalkan di mana bukan tidak perlu di cuci sebelum mengambil wuduk,” katanya yang berimej niqab.

Kata Nur Aini lagi, paling utama rangkaian produk tidak mengandungi silikon kerana ia bersifat waterproof atau kalis air.

Jelasnya, silikon menyebabkan lapisan plastik di atas kulit untuk solekan bertahan lebih lama di wajah dan susah di tanggalkan walaupun menggunakan sabun atau penanggal solekan.

“Pendek kata dengan adanya silikon kena dicuci banyak kali sebelum berwuduk. Wuduk boleh jadi tidak sempurna dan solat tidak sah jika tidak dicuci dengan betul-betul.

“Sebab itu produk saya tiada silikon. Ia jelas tidak bersifat kalis air dan menggunakan bahan semulajadi sekaligus dapat merawat kulit. Mahu atau tidak, memang kena cuci solekan baru berwuduk tanpa was was. Jadi, bila dah tahu perkara sebenar, kena memperbetulkan mana yang silap supaya tak terus buat silap,” katanya.

Sementera itu, Nur Aini memberitahu, rangkaian produk jenama itu, Glowing DD Moist Cake (DDMC) merupakan antara kosmetik mesra wuduk yang paling laris dan mempunyai banyak kelebihan.

Produk itu digandingkan dengan Magic Lipstick dengan ramuan minyak organik marula dan diberi nama sebagai Hot Set kerana antara produk mesra wuduk paling laris sejak dikeluarkan pada tahun 2015.

“Rangkaian dua produk itu menjadi bukti kami sedia maklum dengan permasalahan wanita di luar sana. Ia lebih praktikal kerana solekan mudah ditanggalkan, mudah untuk dipakaikan semula, tidak mengambil masa lama, tiada kandungan bahan merbahaya dan’glowing’ dalam masa lima minit.

“Kandungan dalam DDMC sendiri diperkayakan minyak Marula yang kaya omega, melembap kulit, dan anti penuaan. Tidak ketinggalan ada khasiat minyak zaitun dan jojoba yang juga bersifat ‘non comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang pori,” katanya sambil memberitahu orang ramai boleh melayari https://linktr.ee/nurraysahq untuk maklumat lanjut.

Nurraysa pada asalnya bermula dengan jualan sabun kolagen, kini jenama itu berkembang dengan penghasilan lebih 50 produk kosmetik, minuman, makanan tambahan, makanan dan pakaian.

Ia mengamalkan sistem dropship yang membantu golongan suri rumah jana pendapatan hanya dari rumah secara percuma dan model bisnes menembusi pasaran bukan hanya di Malaysia tetapi Singapura, Indonesia dan Brunei.

Setakat ini, sudah ada 32 billboard jenama itu menemani pengguna jalan raya di sepanjang lebuh raya dari Utara ke Selatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast