Covid-19 death ICU Malaysia
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 menyaksikan 46 lagi kematian semalam.

Daripada jumlah itu, 17 kes kematian di luar hospital.

Angka terbaharu itu menjadikan kes kumulatif kematian Covid-19 bertambah kepada 32,532.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, Johor dan Kedah masing-masing merekodkan lapan kematian – kes tertinggi.

Diikuti Pahang dan Sabah masing-masing tujuh kes, Selangor (enam kes), Perak dan Pulau Pinang (masing-masing tiga kes), Terengganu (dua kes) serta Kelantan dan Negeri Sembilan masing-masing (satu kes).

Jumlah kes aktif setakat tengah malam tadi sebanyak 286,521.

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) seramai 327 kes termasuk 135 kes disahkan Covid-19; 192 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan dan kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 201 kes dengan 74 kes disahkan COVIDovid-19; 127 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan. – MalaysiaGazette