SIMPANG RENGGAM – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Belia Dan Sukan, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mewakili calon Barisan Nasional (BN) akan berdepan tentangan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (DUN) Machap.

Beliau yang merupakan penyadang Dun Layang Layang itu bakal ditentang Ahli Parlimen Sri Gading yang juga Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Dr Sharuddin Md Salleh.

Selain itu, turut melibatkan calon Parti Ikatan Demokratik (MUDA), R. Sangaran dan calon Perikatan Nasional (PN), Ustaz Azlisham Azhar.

Pengumuman rasmi senarai calon bertanding itu dibuat oleh Pegawai Pengurus (RO) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Machap, Mohd Faiz Mohd Salleh yang berlangsung Dewan Orang Ramai Simpang Renggam.

Jumlah itu diumumkan apabila tiada kelibat calon Bebas hadir untuk mengemukan calon penamaan mereka pada jam 10 pagi tadi.

Calon pertama yang mengemukakan borang pencalonan adalah calon Muda, Sangaran, jam 9.04 pagi, calon Pejuang, Sharuddin jam 9.07 pagi diikuti calon BN, Onn Hafiz, jam 9.15 pagi dan terakhir calon PN, Azlisham jam 9.19 pagi.

Proses penamaan calon hari ini berjalan lancar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) apabila hanya calon, pencadang dan penyokong dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon bagi mengemukakan kertas pencalonan.

Sebelum ini, kerusi Dun Machap dimenangi BN melalui Abd Taib Abu Bakar yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) menewaskan Ahmad Ahem daripada Pakatan Harapan (PH) dan PAS yang mempertaruhkan Azlisham dengan majoriti 404 undi- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast