Sebanyak 33,209 kes positif baharu direkodkan semalam menjadikan rekod harian tertinggi setakat ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 33,209 kes positif baharu direkodkan semalam menjadikan rekod harian tertinggi setakat ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 3,561,766.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah terbaharu jangkitan virus berkenaan, sebanyak 98 kes adalah Kategori 3, 52 Kategori 4 dan 53  Kategori 5.

Kategori 2 (20,071 kes) bersamaan (60.44 peratus) dan kategori 3: 98 kes bersamaan (0.30 peratus), katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berdasarkan pecahan berdasarkan negeri, Selangor merekodkan kes positif tertinggi iaitu 8,897 diikuti dengan Kuala Lumpur (4,105) dan Kedah (3,060).

Seterusnya, Pulau Pinang (2,592); Johor (2,359); Sabah (2,131); Negeri Sembilan (1,679); Kelantan (1,572); Perak (1,544); Pahang (1,535) dan Sarawak (1,333).

Terengganu (938); Melaka (741); Perlis (270); Labuan (266) dan Putrajaya (187).

Tambah Dr. Noor Hisham, 348 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala 211 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 26,352 kes telah sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 3,223,650.

Dalam pada itu, beliau berkata, 17 kluster baharu yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan semalam.-MalaysiaGazette