Haqiem Rusli.

KUALA LUMPUR – Selebriti, Neelofa meramalkan dua lagu yang dijangka menjadi juara Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36)  iaitu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli dan Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah).

Pada masa sama, dia secara bergurau turut meletakkan suara tangisan anaknya sebagai pemenang vokal terbaik.

“Vokal terbaik, Bilal dan Marsha,” tulis di media sosialnya.

Tahun lalu Neelofa meramalkan lagu Semalam nyanyian Aina Abdul sebagai juara AJL35, namun lagu tersebut hanya berjaya mendapat tempat kedua.

Sebelum itu, ramalan Neelofa tepat apabila dia meletakkan lagu Sumpah (Naim Daniel) menjadi juara AJL34.

Pada edisi AJL36 kali ini, 10 lagu lain yang bertanding adalah Boneka (Ernie Zakri), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Purnama (Naim Daniel), Aewo (Shiha Zikir & Noki), Salahku (Yonnyboii), Lara (Haqiem Rusli, Hael Husaini & Naim Daniel), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Mila).

Manakala Aina Abdul mempertaruhkan dua lagu iaitu Sepi dan Nafas Cinta (nyanyian bersama Khai Bahar).

Pada mulanya, ibu kepada Muhammad Bilal itu memberitahu dia sudah ‘pencen’ dan menyerahkan kepada netizen untuk membuat ramalan sendiri.

“Tahun ini pencen. Apa ramalan anda?” tulis Neelofa di laman Twitter miliknya.

Melihat kepada ruangan komen, ada yang memberi maklum balas tidak mahu Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berhenti membuat ramalan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast