Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 33,406 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus itu meningkat kepada 3,595,172 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 13,157 kes adalah kategori 1, manakala 20,035 kes kategori 2, 92 kes kategori 3, 69 kes kategori 4 dan 53 kes kategori 5.

Kata beliau, kes sembuh pula adalah sebanyak 27,143 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,250,793 kes.

“Kes import sebanyak 342 kes iaitu 282 warganegara dan 60 bukan warganegara, diikuti kes tempatan sebanyak 33,064 kes iaitu 32,074 warganegara dan 990 lagi bukan warganegara.

“Bagi kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah sebanyak 371 kes iaitu 131 kes disahkan Covid-19, diikuti 240 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan).

“Kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 226 kes iaitu 74 kes disahkan Covid-19,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, daripada 214 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan semalam ialah 60 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

Katanya, sebanyak 101 kes telah menerima dua dos vaksin, tetapi belum menerima dos penggalak, manakala 53 kes telah menerima dos penggalak.

Bagi kluster pula, kata beliau, jumlahnya setakat ini ialah 6,837 kluster, iaitu 11 kluster baharu, 6,363 kluster telah tamat dan 474 kluster lagi kluster aktif. – MalaysiaGazette