Pasukan Persekutuan Tenis Rusia. Foto-REUTERS

SYDNEY- Badan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) hari ini memaklumkan Australia akan menggantikan pasukan Rusia bagi perlawanan pusingan akhir Piala Billie Jean King.

Ini kerana Rusia digantung daripada menyertainya.

Pasukan Australia berada pada kedudukan separuh akhir setelah kalah pada tahun lepas dan secara automatik menggantikan tempat Rusia pada pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada bulan November ini.

Rusia diharamkan daripada mempertahankan kejuaraan Piala Davis dan Piala Bilie Jean King susulan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine sejak 24 Februari lalu.

Dalam pada itu, Belarus yang merupakan  kawasan utama bagi pencerobohan melibatkan Rusia  juga telah diharamkan daripada pertandingan pasukan antarabangsa.- CNA NEWS-

(https://www.channelnewsasia.com/sport/australia-replace-suspended-russian-team-billie-jean-king-cup-finals-itf-2562736)