Steven Jong Thien Wun

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan dua individu bagi membantu pengurusan kes SPRM

Menurut kenyataan SPRM, ia sedang menjejaki individu pertama bernama Steven Jong Thien Wun, 22, yang mempunyai alamat terakhir di No 372 Lorong 6 Batu 17, Jalan Kuching/Serian Siburan 94200 Kuching, Sarawak.

Kelvin Chan Peggy,

Selain itu, katanya, suruhanjaya tersebut turut mengesan Kelvin Chan Peggy, 21, dengan alamat terakhir di 118-A Kampung Beratok Batu 21, Jalan Kuching-Serian, 94200 Kuching, Sarawak.

Sehubungan itu, SPRM menyeru orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut menghubungi pegawai penyiasat, Jasvindar Kaur A/P Lakh Vindar Singh di talian 019-4266169 atau 082-467701. – MalaysiaGazette