Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bercakap kepada media selepas Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 16 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli parti UMNO diingatkan supaya membuat persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15  (PRU-15) yang akan datang.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, suka atau tidak PRU-15 tetap akan diadakan dan ia menjadi tradisi parti tersebut untuk membuat persiapan pada pusingan terakhir.

Beliau berkata, ahli-ahli parti mesti menyerap nasihat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa merasmikan Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang menekankan aspek segi integriti parti untuk mengembalikan kepercayaan rakyat,

“UMNO merupakan sebuah parti besar, yang bersifat sederhana dengan dasar-dasar pembangunan negara maka apa yang Tok Mat katakan ahli harus mencerahkan balik parti ini dari segi susur galur perjuangan UMNO untuk Malaysia, secara keseuluruhannya sebagai satu agenda bersama untuk masa depan bersama” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette malam tadi.

Ketua Bahagian UMNO Lumut turut bersetuju dengan kenyataan Tok Mat  tentang the right time to attack dalam suasana politik sekarang bagi memastikan kedudukan UMNO cemerlang dalam setiap pertandingan PRU. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast