Petugas hospital membawa mayat selepas dipercayai jangkitan wabak Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. Foto arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Sebanyak 86 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam termasuk 35 kes berlaku di luar hospital.

Pertambahan itu menjadi kes kematian bertambah kepada 34,185 setakat lewat malam tadi.

Perak merekodkan angka kematian tertinggi iaitu 16 kes, Selangor (14), Kedah (10), Melaka (lapan), Johor (tujuh), Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu masing-masing enam kes.

Negeri Sembilan (4), Pahang (2) serta Terengganu (1).

Jumlah kes aktif yang dilaporkan sebanyak 296,799.

Sebanyak 7,856 kes dirawat di hospital termasuk 373 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu 225 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula sebanyak 29,450.

Negara merekodkan 27,004 kes baharu semalam menjadikan angka kumulatif kes jangkitan di negara ini mencecah 3,896,855. – MalaysiaGazette