KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menafikan surat perletakan jawatan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang sedang tular.

Dalam kenyataan ringkas, kementerian itu berkata, Tengku Zafrul kekal fokus untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan KeluargaMalaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara daripada belenggu Covid-19.

Sejak semalam tular tentang peletakan jawatan oleh Tengku Zafrul selepas kelibatnya tidak kelihatan di Parlimen.

Spekulasi itu timbul selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pengeluaran terakhir caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja RM10,000 baru-baru ini. – MalaysiaGazette