PAS Awang Hashim Idris Ahmad bully reporter journalist FMT Minderjeet Kaur English Bahasa Melayu are you Malaysian bully English holistic Job Carnival Pesta Kerja Dewan Negara Rais Yatim Bahasa Melayu
Awang Hashim

KUALA LUMPUR – Dewan Negara petang ini berbahas usul Rang Undang-Undang (RUU) Kerja (Pindaan) 2021 atau Akta 265 bagi meminda beberapa seksyen berkaitan cuti bersalin, pengurangan waktu bekerja dan penambahbaikan cuti sakit.

Dalam usul yang dikemukakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim itu, kementerian mencadangkan cuti bersalin dilanjutkan sehingga 98 hari berbanding 60 hari sebelum ini.

Begitu juga cadangan meminda Seksyen 60A dan 60C akta itu bagi mengurangkan waktu kerja dan waktu kerja shif daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu.

Turut dicadangkan pindaan ialah Seksyen 60F iaitu mengasingkan cuti hospitalisasi daripada kelayakan cuti sakit minimum yang diperuntukan kepada pekerja untuk memastikan kebajikan mereka lebih terpelihara.

“Selama ini, cuti sakit maksimum yang diberikan ialah 60 hari setahun iaitu termasuk 14 hari, 18 hari atau 22 hari bergantung kepada tempoh perkhidmatannya,” kata beliau ketika membentangkan usul pindaan Akta 265 di Dewan Negara petang ini.

Mengenai pemanjangan tempoh cuti bersalin, Awang menjelaskan, pada masa ini, mengikut Seksyen 37 memperuntukkan cuti bersalin tidak kurang daripada 60 hari untuk setiap kelahiran sehingga lima orang anak yang hidup.

“Tempoh cuti bersalin ini tidak pernah ditambahbaik sejak diperkenalkan pada tahun 1980.

“Cadangan untuk memanjangkan tempoh cuti bersalin ini selaras dengan Convention ILO mengenai Maternity Protection Convention 2000 (No. 183) yang menyarankan supaya tempoh cuti bersalin ini hendaklah tidak kurang daripada 14 minggu iaitu bersamaan 98 hari,” katanya. – MalaysiaGazette