Malaysian who works in Singapore, Mohd Ashraf Azizan is welcomed by his family member in a warm embrace right after he arrives in Johor Bahru following the reopening of Malaysia-Singapore border on 1 April 2022. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 01 APRIL 2022
Malaysian who works in Singapore, Mohd Ashraf Azizan is welcomed by his family member in a warm embrace right after he arrives in Johor Bahru following the reopening of Malaysia-Singapore border on 1 April 2022. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 01 APRIL 2022. Penduduk Malaysia yang bekerja di Singapura, Mohd Ashraf Azizan dipeluk erat keluarganya sejurus tiba di Johor Bahru berikutan sempadan Malaysia-Singapura dibuka semula pada 1 April 2022 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Johor Bahru, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 APRIL 2022.

JOHOR BAHRU – Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang sebelum ini sunyi sepi selama dua tahun kembali ‘bernyawa’ apabila pembukaaan sempadan Malaysia-Singapura bermula awal pagi ini.

Orang awam menyambut penduduk malaysia yang bekerja di Singapura tiba di Johor Bahru dengan menaiki motorsikal berikutan sempadan Malaysia-Singapura dibuka semula pada 1 April 2022 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Johor Bahru, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 APRIL 2022.

Bermula malam tadi, suasana beberapa lokasi seperti jalan keluar masuk Singapura ke Johor juga meriah dengan kehadiran keluarga dan rakan-rakan yang menyambut kepulangan pengembara dari Seberang Tambak di Johor Bahru.

Laluan berhampiran pusat beli belah R&F Mall juga menjadi tumpuan ramai untuk melihat dan memyambut pengembara pejalan kaki dari Singapura menuju ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) malam tadi.

Ahli keluarga menanti kepulangan pengembara yang mula merentasi Tambak Johor sejurus sempadan Malaysia-Singapura dibuka tepat pukul 12.00am pada 1 April 2022 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Johor Bahru, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 APRIL 2022.

Dua minit sebelum detik 12 tengah malam tadi, ramai orang berjalan kaki daripada arah Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Singapura menuju ke Malaysia diiringi dengan sorakan ‘selamat pulang’ daripada orang ramai.

Rata-rata gembira dan sebak tatkala menanti detik pembukaan semula Tambak Johor yang disifatkan sebagai antara laluan darat tersibuk di dunia.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati kenderaan yang keluar dari arah Singapura turut membunyikan hon selain penumpangnya bersorak kegembiraan.

Salah seorang rakyat Malaysia, Fajrul Rizal Abu Bakar, 27, yang telah tidak pulang ke Johor Bahru sejak dua tahun lepas mengakui sebak dan tidak sabar melepaskan rindu untuk berjumpa keluarganya hari ini.

Fajrul Rizal Abu Bakar – Foto HAZROL ZAINAL, 01 APRIL 2022.

“Untuk pejalan kaki,  saya antara 100 orang terawal saya tunggu dari jam 9.15 malam (tadi) lagi. Dalam perjalanan kita orang rasa macam janganlah April Fool.

“Memang tidak percaya, memang terharu jadi tidak dapat gambarkan macam mana, cuma kegembiraan tidak boleh dibeli. Saya akan peluk emak saya dahulu minta maaf segala dosa saya,” katanya.

Berlainan dengan Jayanthi Surash, 41, yang tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri suasana pembukaan sempadan setelah lebih dua tahun ditutup.

Jayanthi Surash- Foto HAZROL ZAINAL, 01 APRIL 2022.

“Saya dari Skudai, kami begitu teruja selepas dua tahun sempadan ditutup. Saya sangat gembira dan saya ke sini hanya untuk melihat orang ramai yang pulang ke Malaysia.

“Suami saya juga berada di Singapura dan akan pulang minggu depan, jadi kami ingin menyambut mereka yang pulang awal dahulu,” katanya.

Bagi bapa kepada empat orang anak, M. Sanamuganathan, 53, juga mengakui teruja dengan pembukaan sepenuhnya sempadan hari ini dan malam tadi melihat sendiri suasana meriah pada malam pembukaan sempadan antara kedua-dua negara.

M. Sanamuganathan – Foto HAZROL ZAINAL, 01 APRIL 2022.

“Saya pun mahu lihat orang Singapura datang sini biar Johor lebih maju. Saya pun tunggu anak saya balik tetapi dia kata tunggu lagi dua tiga hari lagi.

“Lihat anak orang keluar malam ini macam saya lihat anak saya keluar dari Singapura,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ashraf Azizan, 26,  mengakui mengalami tekanan kerana tidak dapat pulang ke tanah air selama dua tahun.

Mohd Ashraf Azizan – Foto HAZROL ZAINAL, 01 APRIL 2022.

Namun peluang pembukaan sepenuhnya sudah pasti dinanti olehnya oleh semua rakyat Malaysia di republik berkenaan.

“Kita orang sangkut di dalam, berapa tahun raya saya tidak balik dan rasa macam nak bunuh diri pun ada. Rindu emak dan rindu anak.

Orang ramai mula merentasi Tambak Johor sejurus sempadan Malaysia-Singapura dibuka tepat pukul 12.00am pada 1 April 2022 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Johor Bahru, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 APRIL 2022.

“Alhamdulilah saya punya cuti lulus, saya fikir kali ini Ramadan saya mahu bersama keluarga, seksa rasa macam lain tiada mereka dan mahu berbuka puasa dengan keluarga,” katanya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sorakan gembira iringi warga Malaysia keluar sempadan Singapura

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast