Foto Facebook Terengganu FC.

KUALA UMPUR – Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain gembira dengan semangat juang pemain-pemainnya yang telah mempamerkan banyak peningkatan walaupun tewas 1-2 ke atas Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Dari segi persembahan, pengendali berusia 43 tahun itu berpuas hati dan berbangga dengan semua pemain kerana tidak membiarkan JDT menang mudah.

“Kedua-dua pasukan telah bermain bola sepak dengan baik dan kami berjaya berikan saingan,semua orang tahu kualiti yang ada pada JDT.

“Di awal perlawanan, pemain tertekan dengan dua gol berpunca kesilapan dari bola hantaran lintang dan pemain cuba untuk bangkit di separuh masa kedua.

Nafuzi Zain.

“Bukan mudah untuk mencipta peluang apabila berdepan pasukan seperti JDT tetapi kami berjaya mendapatkan beberapa kesempatan cuma kalau dapat peluang,kami kena manfaatkannya,” katanya selepas perlawanan tamat.

Terengganu setakat ini menjadi satu-satunya pasukan belum meraih mata di Liga Super selepas tewas 0-3  kepada PJ City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada Rabu lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast