Hujan lebat yang memusnahkan kediaman dan tanaman di afghanistan, Foto The Gulf News

KABUL – Hujan lebat dan banjir mengorbankan 22 orang penduduk, memusnahkan beratus-ratus rumah dan merosakkan tanaman di Afghanistan.

Kerajaan Taliban sedang bergelut dengan bencana yang telah menjejaskan lebih satu pertiga wilayahnya, akan menghubungi organisasi bantuan antarabangsa untuk mendapatkan bantuan.

”Disebabkan banjir dan ribut di 12 wilayah, 22 orang maut dan 40 cedera,” kata Hassibullah Shekhani, Ketua Komunikasi dan Maklumat Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Afghanistan.

Shekhani berkata, sebanyak 500 rumah musnah, 2,000 rosak, 300 ekor ternakan mati dan kira-kira 3,000 ekar tanaman rosak.

Beliau berkata, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah sedang membantu dan akan menghubungi organisasi antarabangsa lain untuk mendapatkan bantuan.

Hujan dan banjir amat teruk di wilayah barat Badghis dan Faryab dan wilayah utara Baghlan.

Afghanistan telah mengalami kemarau sejak beberapa tahun kebelakangan ini, diburukkan lagi oleh perubahan iklim, dengan hasil tanaman yang rendah menimbulkan kebimbangan kekurangan makanan yang serius.

Cuaca memburukkan lagi masalah kemiskinan yang disebabkan oleh perang selama beberapa dekad dan kemudian penurunan bantuan asing dan pembekuan aset di luar negara selepas Taliban mengambil alih pada Ogos tahun lalu.

Masyarakat antarabangsa sedang bergelut dengan cara membantu negara yang mempunyai kira-kira 40 juta penduduk itu tanpa memberi manfaat kepada Taliban.- Reuters (https://www.reuters.com/business/environment/heavy-rain-floods-afghanistan-kill-22-destroy-hundreds-homes-2022-05-05/)