Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta barisan kepimpinan UMNO yang lain hadir pada Perhimpunan Agung Khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 15 MEI 2022.

KUALA LUMPUR – Seramai 2,586 orang perwakilan UMNO hadir pada Persidangan Agung UMNO PAU Khas yang di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin yang turut memberitahu, ia terdiri daripada seorang Pengerusi Tetap, (49) ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) , (2,511) pewakilan dari 190 Bahagian, (7) wakil Wanita UMNO, (10) wakil Pergerakan Pemuda UMNO dan (8) wakil Pergerakan Puteri UMNO.

Katanya, bilangan tersebut mencukupi korum dan ia lebih dari jumlah dua pertiga perwakilan menjadikan persidangan tersebut boleh dijalankan.

“Oleh yang demikian, persidangan boleh dijalankan,” katanya ketika mempemgerusikan Persidangan Agung Khas UMNO di sini hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, PAU Khas yang diadakan hari ini adalah mengikut Fasal 8.5 dan Fasal 30 Perlembagaan UMNO.

Katanya, beliau telah memberi notis 30 hari selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 14 April yang lepas serta menulis surat kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengenai perhimpunan yang diadakan hari ini.

“Semoga urusan kita ini dirahmati dan diberkati Allah S.W.T jua,” katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast