Lakaran artis projek perumahan East 57.

KUALA LUMPUR – Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) berjaya menjual kesemua 57 unit kediaman East 57 yang berharga RM1.8 juta hingga RM2.8 juta semasa pelancaran secara maya hujung minggu lalu.

“Dalam masa kurang daripada sehari, kesemua 57 unit rumah superlink tiga tingkat pegangan bebas telah dibeli sepenuhnya.

Bilik tidur yang lapang.

”Bukan mudah untuk melancarkan produk melebihi paras harga RM2 juta, tetapi kejayaan boleh dicapai apabila kita mempertaruhkan penawaran produk, reka bentuk dan harga yang betul,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican.

Menurut beliau, persekitaran semula jadi, pelan lantai yang lebih besar dan kepadatan pembangunan yang rendah menarik minat keluarga muda yang sedang berkembang di kawasan itu dan jangkaan tersebut terbukti.

Ruang tamu East 57

Rumah ini mempunyai reka bentuk luas, terang dan lapang serta menampilkan pelan lantai yang lebih besar sedikit berbanding rumah superlink biasa.

Terdapat tiga jenis susun atur dan saiz unit iaitu Jenis A dan C, masing-masing 26’ x 80’ dengan saiz binaan 3,302 dan 3,493 kaki persegi, manakala Jenis B ialah 32’ x 58’ dengan binaan 2,829 kaki persegi.

Ia juga menawarkan 5+1 hingga 6+1 bilik tidur dan lima hingga lapan bilik mandi.

Persekitaran East 57 yang mendamaikan.

Terletak hanya 20 minit dari Pusat Bandar Kuala Lumpur, KL East mudah diakses ke lebuh raya utama dan hanya lima minit dari Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak.

KL East semakin matang dengan siapnya dua fasa kediaman, KYS KL East International School, KL East Mall yang berkembang maju dan tidak lama lagi penambahan taman bertaraf dunia, KL East Geopark. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast