Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berucap pada Anugerah Media SPRM 2021 di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Foto FAREEZ FADZIL, 14 JUN 2022.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu berbincang dengan Pejabat Peguam Negara mengenai proses perundangan sebelum memenuhi permohonan Mutual Legal Assistance (MLA) daripada pihak berkuasa Perancis.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya perlu mengkaji proses perundangan berkaitan sebelum bantuan dapat diberikan.

“Kita memang mencari bantuan sebab kita perlu mengkaji dahulu dan banyak perkara legal method yang perlu kita selesaikan sebelum kita seek request daripada pihak Perancis.

“Bila kita nak mohon sebarang permohonan bantuan siasatan dan untuk mendapat keterangan daripada luar negara kita perlu melihat perkara-perkara berkaitan undang-undang atau proses perundangan yang perlu kita patuhi.

“Ada perkara-perkara yang perlu dan tidak perlu kita dedahkan, ini saya perlu berbincang dengan Jabatan Peguam Negara,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Sebelum ini, pihak berkuasa Perancis membuat permohonan kerjasama bantuan perundangan (MLA) di Jabatan Peguam Negara berkaitan isu rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam melibatkan Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Pihak Perancis menyiasat  termasuk syarikat tertentu di Malaysia dan negara mereka berkaitan Foreign Corrupt Practice by Public Official.

Pada 30 Mei lalu, syarikat pengoperasi pengangkutan awam, Prasarana Malaysia memandang serius laporan media yang memetik sumber dan mendakwa ada elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam.

Prasarana dalam kenyataannya memaklumkan projek terlibat membabitkan MRT dan LRT.

Dalam pada itu, Azam juga berkata, SPRM masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa Perancis sama ada mereka bersetuju dengan apa yang ditawarkan mereka.

“Bila kita selesai dalam isu ini, bermakna kita bersetuju dengan isi kandungan pihak Peguam Negara, baru kira akan jawab dahulu.

“Sebelum kita minta seek assistance kita akan jawab dahulu daripada pihak Perancis tentang apa yang mereka perlukan.

“Di situ nanti kita tunggu respon daripada mereka, adakah mereka setuju atau tidak dengan apa yang kita tawarkan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast