National Entrepreneurs Week Kak KM, Datuk Seri Vida, Ifa Raziah and Cheta Pot Pet buttocks butt assets
Rata-rata netizen mengecam sambil menegaskan tindakan keempat-empat usahawan produk itu dilihat sebagai perkara yang memalukan.

KUALA LUMPUR – Tindakan empat usahawan produk iaitu Kak KM, Datuk Seri Vida, Ifa Raziah dan Cheta Pot Pet membuat aksi tayang dan tepuk punggung untuk promosi acara Minggu Usahawan Negara mendapat kecaman netizen.

Video yang tular itu turut mempersoalkan tindakan berkenaan serta mahu meminta pandangan menteri mengenai perkara berkenaan.

Dalam video yang dipaparkan, Kak KM bertindak menepuk punggung mereka seolah mahu ‘menguji kehebatan aset’ mereka.

“Punggung siapa yang paling mencengkam sekali, kita tengok! Jadi siapa nak dapatkan punggung paling ‘aum’ sekali, korang kena datang,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang mengecam pula menyatakan tindakan keempat-empat usahawan produk itu dilihat sebagai perkara yang memalukan dan menjatuh maruah wanita. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Cukup2 ler beri muka kpd wanita2 cam nie. Kebaikannya tiada tetapi lagak saja yg lebih.

    Pun begitu sesetengah stesen TV semacam ” lapar duit” bagi mendapat tajaan dari mereka berkenaan, biarpun kehadiran mereka ” meloyakan” ramai penuntun. Elok benar kawalan ” bermaruah” perlu dibuat oleh pihak berwajib terhadap perkara2 seumpama ini. Entahlah kut kut mereka juga syok akan gelagat2 mereka……..

Comments are closed.