PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

TANAH MERAH – Polis merampas sebanyak 97,780 liter minyak diesel bernilai RM210,227 dalam dua serbuan berasingan di Tanah Merah dan Machang awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil serbuan yang dilakukan oleh anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHNHEP) Kelantan berjaya menahan lapan suspek termasuk seorang warga Bangladesh berumur antara 29 hingga 50 tahun.

“Hasil dua serbuan itu pihaknya merampas lima lori, tiga mesin penyedut minyak dan enam tangki statik dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM910,007.

“Kesemua lapan suspek ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah dan Machang untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya selepas melawat lokasi rampasan minyak diesel di Kampung Tebing Tinggi, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mendapati mereka yang ditahan itu menggunakan modus operandi dengan membeli minyak bersubsidi menggunakan lori biasa yang tangkinya telah diubah suai untuk mengaburi pihak berkuasa sebelum dipindahkan ke tangki statik di kilang utama.

“Kegiatan haram yang dilakukan oleh sebuah syarikat pembekal minyak diesel di Tanah Merah itu yang membeli diesel bersubsidi dan bukan dengan harga minyak industri seperti mana yang ditetapkan oleh kerajaan, dipercayai telah lama menjalankan kegiatan berkenaan,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast