Antara pendatang yang berjaya memasuki Melilla. Foto EPA

MADRID – Sekurang-kurangnya 23 pendatang meninggal dunia dan yang lain cedera ketika cuba menyeberang ke kawasan Melilla.

Laporan mengatakan mereka yang maut telah jatuh dari atas pagar sempadan.

Sebelum itu, beberapa anggota keselamatan dan pendatang telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan susulan pertempuran pada awal hari Jumaat.

Ia adalah percubaan menyeberang beramai-ramai yang pertama sejak Sepanyol dan Maghribi menyambung semula hubungan diplomatik pada Mac.

Hubungan itu terjalin semula selepas Sepanyol menyokong rancangan autonomi Maghribi untuk wilayah Sahara Barat yang dipertikaikan.

Pegawai Sepanyol berkata, beberapa ratus orang cuba menceroboh masuk selepas memotong pagar.

Kebanyakannya telah dipaksa balik tetapi lebih 100 berjaya menyelusup dan dan sedang diproses di pusat tahanan.

Pada asalnya 18 kematian dilaporkan, tetapi lima orang lagi telah meninggal dunia akibat kecederaan mereka.

Melilla dan Ceuta, satu lagi enklaf Sepanyol, sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menjadi tumpuan bagi kebanyakan pendatang sub-Sahara yang cuba masuk ke Eropah. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast