Keadaan terkini Stadium Shah Alam.

KUALA LUMPUR – Pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah Stadium Shah Alam dan menegaskan bahawa venue berkenaan tidak perlu dirobohkan.

Pakar saham yang dikenali sebagai Zamsaham mengumumkan perkara itu dalam media sosial dan meminta pihak yang bertanggungjawab kepada stadium berkenaan untuk memajak kepada pasukannya.

“Dari roboh stadium tu, baiklah pajakkan ke TRW Kelantan FC. Insya-Allah saya bersedia #Zamburger,” kata pemilik pasukan Kelantan FC.

Sebelum ini, media melaporkan bangunan ikonik di Seksyen 13 yang pernah dinobat sebagai stadium terbesar di Asia Tenggara dan menjadi venue rasmi bagi pasukan bola sepak Red Giants didakwa akan diroboh dan digantikan dengan stadium baharu yang lebih kecil.

Stadium baharu berkenaan dikatakan berkapasiti 30,000 hing­ga 40,000 penonton supaya mudah dijaga dan diselenggara ber­banding Stadium Shah Alam sekarang yang boleh memuatkan sehingga 80,300. – MalaysiaGazette