Pengunjung yang bertuah menerima hadiah cabutan bertuah sempena sambutan Karnival Belia dan Sukan Pahang yang disampaikan oleh Datuk Seri Ti Lian Ker di Kuantan, hari ini

KUANTAN – Kira-kira 50,000 pengunjung memeriahkan siri kedua Karnival Belia dan Sukan Pahang 2022 bagi zon Pantai Timur yang berlangsung di sini selama tiga hari bermula 15 Julai lalu.

Karinival yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara 2022 diadakan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Pertubuhan Sejahtera Anak Malaysia (PERSAMA).

Majlis pelancaran telah disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang  berkenan untuk mencemar duli ke majlis perasmian dan menyertai larian Fun Run sepanjang lima kilometer semalam.

Acara pertunjukan drift pada hari ketiga penganjuran karnival mendapat perhatian pengunjung.

Pelbagai acara diadakan tiga lokasi melibatkan ruang legar bangunan di Dewan MBK serta di aktiviti di lapangan seperti di tapak parkir terbuka dan di Padang Kemunting.

Acara yang mendapat sambutan seperti Run dan Fun Ride, pertunjukan sukan permotoran seperti drifting, Kejohanan Muay Thai Remaja Terbuka Kebangsaan, futsal padang bersempena sambutan 50 Tahun Jubli Emas Majlis Belia Negeri Pahang, Battle of the Band dan serta penganjuran pameran oleh 20 jabatan dan agensi kerajaan.

Lebih 2,000 pengungjung hadir membayar saman di tapak PDRM, JPJ, dan MBK

Selain itu, pameran dan peluang kerjaya Y-career yang disertai hampir 30 majikan dari syarikat swasta dan agensi di serata negeri ini turut diadakan.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati lebih 2,000 pengunjung juga tidak melepaskan peluang diskaun membayar saman sehingga 50 peratus di kanopi saman PDRM, JPJ dan MBK.

Penyertaan lebih 1,000 remaja dan belia dalam e-sukan sempena Karnival Belia dan Sukan Pahang.

Manakala lebih 1,000 golongan remaja dan belia menyertai pertandingan e-sukan bagi lima kategori yang berlangsung di dalam dewan MBK.

Turut diadakan pameran agro bazaar, bazar jalanan, bazar makanan, saringan kesihatan.

Pada hari terakhir hari ini, para pengunjung bertuah memenangi hadiah menarik seperti motosikal Yamaha LC135 Fi, roadbike dan bar emas dalam sesi cabutan bertuah dan hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker. – MalaysiaGazette