Cesar Azpilicueta. Foto chelsea.fc.com.

LONDON – Cesar Azpilicueta bakal menjadi pemain baharu Barcelona yang menjadi pemain kelima pada musim panas ini selepas Franck Kessie, Christian Eriksen, Ousmane Dembele, Raphinha dan juga Robert Lewandowski.

Sebelum ini, kapten Chelsea itu sudah menyatakan hasratnya yang mahu meninggalkan kelab itu selepas sedekad di Stamford Bridge.

Azpilicueta menyatakan sudah tiba masanya untuk memulakan fasa baharu dalam karier bola sepaknya di Sepanyol.

Pemain berusia 32 tahun itu juga mahu menyahut cabaran bermain untuk Barça di bawah Xavi.

Azpilicueta pada masa yang sama melihat bahawa kelab sudah menemui pengganti terbaik untuknya iaitu Reece James yang kini menjadi pemain antarabangsa England.

Chelsea pada mulanya keberatan untuk melepaskan pemain itu namun akhirnya akan menerima tawaran kelab Barça tersebut.

Ianya lebih kepada menghormati permintaan Azpilicueta yang telah banyak berjasa untuk kelab tersebut.

Barca kini hanya menunggu Chelsea mendapatkan pengganti untuk pemain itu.

Antara nama yang dikaitkan ialah Josko Gvardiol, 20, iaitu pertahanan dari Croatia yang bermain untuk RB Leipzig. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast