Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Tekanan air rendah pada waktu puncak, paip pecah dan kekeruhan sumber air mentah di daerah Raub dan Kuantan dikenal pasti sebagai punca permasalah bekalan air di dua daerah itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, faktor kapasiti tangki yang tidak mampu menampung peningkatan permintaan juga menyebabkan tekanan air rendah di dua daerah itu.

“Sebanyak RM1.103 bilion diperuntukkan bagi menyelesaikan isu bekalan air di daerah Kuantan termasuk kerja-kerja penggantian paip dan juga pembinaan tangki air serta menaik taraf sistem.

“Manakala sebanyak RM74.4 juta diperuntukkan bagi penyelesaian isu bekalan air di Raub,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelasnya, peruntukkan tersebut turut melibatkan kerja-kerja membina dan menyelenggara tangki dan pembinaan rumah pam.

Tambahnya, walaupun mengambil masa yang panjang menyelesaikan masalah bekalan air usaha berterusan dilakukan oleh pihak terlibat agar penduduk negeri ini menikmati bekalan air bersih.

ARTIKEL BERKAITAN :

Pahang belanja lebih RM200 juta selesaikan isu air Temerloh, Bentong

MB Pahang turun padang ke semua daerah selesai krisis air

12 projek KASA berjumlah RM2.13 billion di Pahang

KASA peruntuk RM5.7 juta atasi masalah bekalan air Bukit Kuin

Episod 35 tahun penduduk Bukit Kuin angkut air berakhir

Terdahulu Wan Rosdy hadir ke Mesyuarat Majlis Air Negara (MAN) Kali Ke-4 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette