Lamu. Foto: Douyin

BEIJING – Seorang lelaki Cina telah dihukum bunuh kerana membunuh bekas isterinya dengan membakar mangsa semasa dia sedang bersiaran langsung.

Wanita itu, dikenali sebagai Lamu, merupakan personaliti media sosial Douyin, versi TikTok.

Beratus-ratus ribu pengikutnya telah menonton video tentang kehidupannya di pergunungan wilayah Sichuan.

Kes itu memberi tumpuan kepada keganasan terhadap wanita di China.

Satu tinjauan mencadangkan satu per empat daripada semua wanita China mengalami penderaan domestik.

Ibu kepada dua anak itu dilaporkan telah menghubungi polis mengenai keganasan suaminya semasa mereka berkahwin.

Namun polis memaklumkan ia adalah urusan keluarga.

Bekas suami mangsa, Tang Lu dijatuhi hukuman mati selepas mahkamah di wilayah Aba, kawasan luar bandar terpencil di barat daya wilayah Sichuan, yang mana sebilangan besar penduduk etnik Tibet, mendapati jenayahnya “sangat kejam” dan memberi impak sosial yang “amat teruk”.

Pada Jun 2020, Lamu menceraikan Tang yang, menurut mahkamah, mempunyai sejarah keganasan terhadapnya.

Kira-kira tiga bulan kemudian, Tang menyimbah mangsa dengan petrol di rumah bapanya lalu membakarnya.

Lamu mengalami melecur hingga 90% badannya dan meninggal dunia dua minggu kemudian.

Kes itu menimbulkan kemarahan di seluruh China dan mencetuskan perdebatan baharu mengenai keganasan terhadap wanita.

Beribu-ribu pengikut Lamu meninggalkan mesej melalui akaun Douyin milik mangsa, manakala berjuta-juta pengguna platform microblogging Weibo menuntut keadilan menggunakan hashtag – yang kemudiannya ditapis.

China mengklasifikasikan keganasan rumah tangga sebagai jenayah pada 2016 tetapi ia masih berleluasa, terutamanya di kawasan luar bandar. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast