Pengguna yang mahu menyertai Program GET boleh membuat pemohonan di laman sesawang TNB atau di Kedai TNB.

JOHOR BAHRU – Johor tidak terlibat dengan masalah gangguan bekalan elektrik besar-besaran yang berlaku di Lembah Klang dan beberapa negeri yang dilapor terputus ketika ini.

Bagaimanapun, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor Mohamed Noh Md Seth berkata, TNB negeri ini telah membuka bilik gerakan sebagai persediaan menghadapi gangguan bekalan elektrik sekiranya berlaku.

“Johor hanya berlaku litar pintas di bahagian Klang sahaja dan saya dimaklumkan sememangnya tiada gangguan secara besar-besaran yang akan terjadi di Johor buat masa ini.

“Jadi saya nasihatkan kepada semua pengguna agar tidak panik dan seperti saya katakan kita telah mengaktifkan bilik gerakan seawal jam 1.22 petang lagi. Kita juga masih menunggu kenyataan daripada ibu pejabat berkaitan kejadian ini,” katanya.

Mohamed Noh berkata, setakat ini hanya beberapa negeri dilaporkan terjejas seperti di Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kebakaran yang melibatkan pencawang elektrik di Yong Peng, beliau berkata, perkara itu akan disahkan selepas mendapat laporan penuh.

“Apabila laporan sudah diperoleh, TNB akan maklumkan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast