Rakyat lebih bersetuju kalau diadakan pilihan raya serentak kerana menjimatkan kos dan masa.

KUALA LUMPUR – Daftar Pemilih Tambahan Mei tahun ini menyaksikan jumlah pemilih berdaftar kini mencecah lebih 21 juta orang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, daftar terkini itu direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 16 Jun lalu.

“Susulan penguatkuasaan had umur pemilih daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun pada 15 Disember 2021, sudah menyaksikan pertambahan ketara pemilih seramai 5.8 juta orang yang mana 1.2 juta orang adalah terdiri daripada golongan anak muda berusia 18 hingga 20 tahun.

“Pertambahan pengundi dalam kalangan generasi muda adalah wajar dan mustahak bagi kerajaan untuk memastikan golongan ini bersedia dari aspek pengetahuan dan pemupukan nilai dalam membentuk negara bangsa terutama hak mengundi sebagai rakyat Malaysia,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini,

Mas Ermieyati berkata demikan menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PN-Sabak Bernam) dalam sesi soalan lisan hari ini.

Mohd Fasiah mengutarakan bilangan pengundi muda serta langkah kerajaan meningkatkan kesedaran dan kefahaman golongan pengundi muda mengenai demokrasi berparlimen dan tanggungjawab membina negara bangsa, khususnya dalam memilih pemimpin berwibawa, khususnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Daripada jumlah itu, seramai 1,141,749 orang iaitu 5.4 peratus adalah pemilih berumur 18 tahun hingga 20 tahun, manakala baki 19,971,485 orang atau 94.6 peratus ialah pemilih berumur 21 tahun dan ke atas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast