Orang ramai tidak melepas peluang hadir pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS Serdang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 04 OGOS 2022.

SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) tampil 14 produk inovasi dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang.

Produk inovasi yang dipamerkan dikategorikan dalam tiga kategori iaitu ternakan, tanaman dan teknologi makanan.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata, tema MAHA pada kali ini iaitu sekuriti makanan untuk masa depan sangat rapat dengan UPM.

UPM mengenengahkan produk penyelidikan inovasi yang menggunakan kaedah pertanian pintar bagi menjayakan transformasi agro makanan.

Sebanyak empat projek inovasi yang dipamerkan dalam kluster ternakan iaitu projek makanan ikan Fs Feed, TropiCarp Aquafeeds, Putra Red Talapia dan Porcine Rapid Amplification Kit.

Bagi kategori tanaman pula, terdapat enam inovasi dan teknologi daripada UPM yang dipamerkan iaitu System of Rice Intensification (SRI) Single Seedling Nursery Tray, SoilProp: Soil Properties Mapping System, Milagro Matado, PadiU Putra, Harvast – Photosynthesis Enhancer dan BioPellens: Baja Organik Serba Boleh Solusi pertanian moden anda.

Sementara itu, bagi kategori teknologi makanan pula sebanyak empat inovasi produk dan teknologi yang ditonjolkan seperti Orygold – Production of GBR (Germinated Brown Rice) as Neutraceutical and Functional Food, Appetit Ice Cream, Super Cosmos for Multipurpose Ingredients dan Kopi Rajawali: Caffeine-Free and Antioxidant-Rich Date Seed Coffee

Pameran dwitahunan itu kini berlangsung selama 11 hari di MAEPS sehingga 14 Ogos ini.

Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi pameran UPM dan bertemu dengan pakar-pakar kami di Hall A, rerurai A14. – MalaysiaGazette