Poster “Pengundi Muda Penentu Masa Hadapan” yang dihadiri Presiden Majlis Belia Malaysia, d Aizat Afifi Hamid.
Poster “Pengundi Muda Penentu Masa Hadapan” yang dihadiri Presiden Majlis Belia Malaysia, d Aizat Afifi Hamid.

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Malaysia (MBM) dibidas kerana mendapati presidennya, Mohd Aizat Afifi Hamid hadir program politik.

Presiden Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, kehadiran Izzat Afifi pada program yang didakwa dianjurkan oleh Parlimen Indera Mahkota dilihat canggung kerana MBM seharusnya bebas pengaruh politik.

“Tindakan Presiden Majlis Belia Malaysia, Izzat Afifi Abd Hamid hadir forum bertajuk “Pengundi Muda Penentu Masa Hadapan” bersempena Hari Belia Indera Mahkota 2022 menimbulkan tanda tanya.

“Timbul persoalan adakah program itu anjuran Kementerian Luar ataupun Parlimen Indera Mahkota yang mana Ahli Parlimennya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Sebagai ketua menerajui belia di Malaysia dan juga Pahang, saya menyelar tindakan Izzat Afifi hadir ke program yang pada pandangan saya anjuran Parlimen Indera Mahkota,” kata Haslihelmy dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut satu poster majlis berkenaan, Aizat Afifi menjadi salah seorang jemputan dalam forum bertajuk “Pengundi Muda Penentu Masa Hadapan” bersempena Hari Belia Indera Mahkota 2022? yang diadakan di Kuantan pada Ahad.

Haslihelmy DM Zulhasli

Tambah Haslihelmy lagi, sesebuah NGO seharusnya mengelakkan daripada terlibat dengan ketegangan politik selain melakukan tugas dalam skop sebagai sebuah pertubuhan belia.

“Sebagai NGO, kita kena bebas, tetapi kalau NGO ini sudah lari daripada landasannya ia bertentangan dengan matlamat penubuhannya.

“Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) berharap saudara Izzat Afifi segera menjelaskan kehadirannya dalam program tersebut.

“Adakah program dihadirinya itu bertujuan menguatkan fungsi dan peranan memperkasakan belia?

“Ini kerana sebagai sebuah NGO, adalah penting MBM dan MBNP muncul sebagai organisasi yang berjuang untuk kebajikan belia khususnya di negeri Pahang,” katanya. – MalaysiaGazette