KUALA LUMPUR = AMAZFIT, jenama perkakasan pintar melancarkan jam tangan pintar terbaru GTS 4 mini baru-baru ini.
Model terbaru jenama perkakasan premium yang dimiliki oleh Zepp Health Corporation (Zepp), didatangkan dengan ciri tanda tangan yang dibungkus ke dalam bingkai yang ringan dan padat yang mencabar had saiz.
Zepp dalam kenyataannya berkata, Amazfit GTS 4 Mini yang sangat nipis didatangkan dengan kuasa berat dalam bingkai aloi aluminium seringan 31.2 gram sahaja manakala nisbah skrin-ke-badan 70.2 peratus memberikan lebih skrin.
“Ia dikuasakan oleh bateri 270-miliampere jam, Amazfit GTS 4 Mini boleh bertahan selama 15 hari dengan sekali cas,” katanya di sini.
Antara ciri lain yang terdapat pada jam tangan pintar mini ini termasuk sistem penentu kedudukan lima satelit untuk aktiviti luar, 5 ATM kalis air untuk menjejak sukan air dan 120+ mod sukan.
Amazfit GTS 4 Mini juga boleh mengenali tujuh aktiviti sukan dan Algoritma Status Senaman PeakBeats memantau pemulihan selepas senaman manakala pemakai boleh menilai dan membandingkan data pusingan prestasi larian sebelum ini melalui Virtual Pacer.
Pemantauan tekanan disertakan dalam peringatan kesihatan.
Semua data ini mudah dilihat melalui Aplikasi Zepp, yang dikuasakan oleh sistem pengendalian Zepp.
Apa yang menariknya, Amazfit GTS 4 Mini juga mempunyai Alexa yang boleh diakses melalui mikrofon terbina dalam.
Jalur silikon lembut dan mesra kulit Amazfit GTS 4 Mini hadir dalam warna Mint Blue, Flamingo Pink, Midnight Black dan Moonlight White.
Bezel melengkung jam pintar ini membolehkan pemakai memuat turun berpuluh-puluh muka jam, sesetengahnya dianimasikan, dengan paparan sentiasa hidup padan atau sesuaikan dengan foto.
Amazfit GTS 4 Mini didatangkan dengan waranti setahun dan akan dijual pada harga RM399 setiap satu.
Harga istimewa pelancaran Shopee RM379 adalah sah sehingga 22 Ogos 2022, ditambah mereka yang menempah juga akan menerima baju-T Amazfit edisi terhad. – MalaysiaGazette