Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis masih memburu seorang suspek pengedar dadah yang meloloskan diri ketika ditahan untuk pemeriksaan di Sandakan, Sabah semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya setakat ini sudah menemui kereta yang ditinggalkan suspek di tepi jalan.

Katanya, sebelum itu, polis telah mengesan satu video berdurasi selama 30 saat berkaitan anggotanya melepaskan tembakan dalam satu operasi  di PPR Sungai Manila, Jalan Sungai Manila, Batu 12, Sandakan.

“Dalam kejadian tersebut, seramai lima anggota polis sedang cuba menahan sebuah kereta yang dinaiki suspek yang dikenal pasti pengedar dadah di kawasan tempat letak kereta.

“Suspek bagaimanapun enggan bekerjasama dan bertindak agresif sebelum hampir melanggar salah seorang anggota dan memaksa anggota melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kereta suspek untuk menghentikan kenderaan tersebut daripada merempuh anggota polis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Abdul Fuad, anggota polis lain cuba menghentikan kenderaan suspek itu dengan cuba memecahkan cermin hadapan kereta berkenaan walkie talkie tetapi suspek meloloskan diri dengan kenderaan itu.

Bagaimanapun, katanya, operasi kemudiannya berjaya mengesan dan merampas kereta suspek dadah apabila didapati ia ditinggalkan di tepi jalan lebih kurang dua kilometer dari tempat kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast