Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Persoalan mengapa Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali belum didakwa oleh Peguam Negara masih lagi misteri, kata Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Ini kerana, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bocor menyatakan Mohd Nazlan ada kes untuk didakwa.

Lagi pelik, katanya, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mendakwa beliau belum terima kertas siasatan SPRM tersebut.

Oleh itu, tegas Mohd Puad, SPRM patut jawab sama ada kertas yang bocor itu sahih dan sudah dihantar pada bulan Mei lagi.

Artikel berkaitan: Kertas siasatan Hakim Nazlan tiada dengan AGC- Peguam Negara

SPRM perlu sah atau nafikan laporan kertas siasatan terhadap Nazlan

Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan dikemuka kepada Peguam Negara

”Rakyat jadi pening bila surat menyurat antara dua agensi keadilan negara itu tidak efisien. Lebih efisien order barang dari shoppe. Grab pun tidak pernah salah alamat untuk hantar makanan,” sindir beliau dalam hantaran di Facebook.

Jelasnya Mohd Puad lagi, rakyat perlukan keberanian SPRM untuk buat pengesahan atas dua isu itu agar Datuk Seri Najib Razak tidak berterussn menjadi mangsa konspirasi yang ditaja oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

”Ini bukan desak campur tangan mahkamah. Ini bukan suruh gugur kes macam Tun M buat. Isunya kenapa Nazlan tidak didakwa berdasarksn perakuan SPRM?,” soal beliau lagi. – MalaysiaGazette

Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan dikemuka kepada Peguam Negara