Mangsa merupakan Warga Myanmar maut di lokasi kejadian akibat melawan arus dan merempuh sebuah lori di parkin dalam kejadian di Kuala Lipis malam semalam.

KUANTAN – Seorang warga Myanmar maut selepas motosikal yang ditunggangnya secara melawan arus bertembung dengan sebuah lori di parkir ketika cuba mengelak kenderaan lain di Taman Emas, Kuala Lipis, 7.55 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa dikenali Mahbu Rahman Shobi Rahman, 31 tahun, meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan muka.

Ketika kejadian dia yang tidak memakai topi keledar menunggang secara melawan arus jalan di laluan sehala dari arah taman perumahan menghala keluar ke jalan utama.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah mengelak sebuah kenderaan yang melalui jalan tersebut lalu terbabas dan melanggar sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mangsa merupakan buruh pembersihan dan mendapati kedua-dua kenderaan terlibat adalah milik syarikat kontrak pembersihan di Taman Emas, Kuala Lipis.

Tambah Azli, punca kemalangan maut disebabkan kecuaian penunggang motosikal sendiri.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hopital Lipis bagi tujuan bedah siasat.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1988. – MalaysiaGazette