KUANTAN -Perikatan Nasional Pahang (PN) akan menggunakan slogan ‘PN Teraju Pahang’ pada kempen Pilihan Raya umum ke-15 akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah Perikatan Nasional (PN) Pahang berkata, slogan itu hampir sama dengan slogan ‘Pas Teraju Pahang’ digunakan oleh parti itu negeri ini dalam pilihan raya yang lalu.
Menurutnya, PN akan melancarkan jentera Pilihan Raya itu pada 10 Oktober ini.
“Kita yakin slogan ini sebagai pembakar semangat semua jentera parti dalam PN dan menunjukkan kesediaan kami untuk merampas Kerajaan Pahang yang kini diterajui UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tambahnya, taklimat berkaitan persiapan menghadapi PRU15 bersama semua pimpinan daripada Pas dan Gerakan juga sudah selesai dibincangkan dan boleh dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Selain itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu juga sudah melantik ketua bagi badan perhubungan kawasan Parlimen di Pahang dan semua jentera di 14 Parlimen sudah bersiap siaga untuk menghadapi PRU15 yang dijangka diadakan bila-bila masa. – MalaysiaGazette