Gambar hiasan

ANKARA – Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dan 121 lagi cedera semasa pertempuran antara pasukan keselamatan Kyrgyzstan and Tajikistan.

Pertempuran di wilayah Batken tercetus di beberapa lokasi pada Jumaat lalu, menurut sumber pasukan keselamatan Kyrgyzstan seperti dipetik agensi berita, Anadolu.

Majoriti mereka yang cedera disebabkan serpihan besi dan tembakan, menurut Kementerian Kesihatan Kyrgyzstan.

Kyrgyzstan mengisytiharkan darurat di bandar sempadan pada Jumaat lalu bagi memastikan keselamatan warganya dan negara itu memindahkan mereka, menurut satu kenyataan.

Keadaan di wilayah tersebut tegang berikutan pertikaian di sempadan yang membabitkan isu pengairan pertanian, padang ragut, penyeludupan dan lintasan sempadan secara haram.

Kyrgyzstan menutup sempadannya dengan Tajikistan pada 21 Mei 2021 sehingga perkara itu diselesaikan – Agensi