Wan Mohd Zahari Wan Busu.

KUANTAN – Sebanyak 767 saman dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Ibu Pejabat Polis Kuantan terhadap pesalah dalam tempoh 16 hari pelaksanaan Ops Khas Lampu Isyarat Merah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, sebanyak lapan lokasi utama menjadi tumpuan pihaknya sepanjang operasi yang dijalankan bermula 15 hingga 30 September 2022.

Kesalahan membabitkan seramai 351 pesalah motokar manakala 282 penunggang motosikal telah dikesan melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat dalam operasi membabitkan seorang pegawai dan 15 anggota itu.

Ops Khas Lampu Isyarat Merah dijalankan di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang hari ini.

“Manakala sebanyak 174 keping saman daripada 941 yang dikeluarkan melibatkan pelbagai keasalahan lain,” katanya pada sidang media hari ini.

Antara lokasi utama dalam operasi kali ini dijalankan di lampu isyarat Jalan Lim Hoe Leck, Taman Tas, Jalang Sungai Lembing, Beserah, Kempadang, Bukit Setongkol, Indera Mdahkota, Jalan Wong Ah Jang, Pak Mahat.

Tambah Wan Mohd Zahari, operasi dijalankan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya berikutan kes kemalangan yang berlaku di kawasan lampu isyarat meningkat pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Wong Kim Wai.Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Wong Kim Wai dan Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (KBSPTD), Asisten Superintendan Suhaimi Mohamad.

Menurut Wan Mohd Zahari, sebanyak 49 kes kemalangan direkodkan sepanjang Januari sehingga September tahun ini melibatkan satu kemalangan maut manakala hanya 29 kes direkodkan tahun lalu bagi tempoh yang sama.

“Justeru operasi akan dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalanraya supaya mematuhi peraturan lalu lintas,” katanya. – MalaysiaGazette