Pas DAP PASrelief
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Susulan pembubaran Parlimen hari ini Pas mengajak seluruh rakyat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang disifatkan sebagai sangat penting.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, partinya kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga Parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan agak tergesa-gesa dalam tempoh empat tahun lima bulan penggal Parlimen ke-14.

Katanya, Pas juga tetap optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan oleh sesuatu agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan negara.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan ringkas mengulas pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jam 3 petang tadi.

Artikel berkaitan:

Pembubaran tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang kecewa dengan senario politik masa kini yang turut memberi kesan kepada keharmonian negara dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi.

Seri Paduka Baginda mahu mandat dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan. – MalaysiaGazette