BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan kos pembinaan balai lentang Masjid Tembangau 3, Bera bernilai RM200,000 hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera membuat pengumuman tersebut dalam Majlis Moh Ngeteh Bersama Komuniti Gugusan Tembangau di Felda Tembangau 3, di sini petang ini.
“Memandangkan Pengurus Felda sini dah minta RM2000,000, tok imam.. maka saya luluskan jumlah ini hari ini juga,” kata beliau sambil tersenyum.
Pengumuman itu disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penduduk yang hadir.
Tambahnya, balai lentang terbabit akan manfaat kenapa musafir yang datang atau melalui gugusan Tembangau.- MalaysiaGazette