KUALA LUMPUR – Malaysia akan mengekalkan momentum pertumbuhannya dalam tempoh terdekat berdasarkan indeks arah aliran jangka panjang yang terlicin.

Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, unjuran Keluaran Dalam Negara KAsar (KDNK) negara telah disemak semula antara 6.5% hingga 7% seperti yang digariskan dalam Tinjauan Ekonomi 2023.

Pengeluaran buah tandan pada September 2022 meningkat 8.3% kepada 9,152,131 tan metrik berbanding September tahun lalu.

Manakala pengeluaran getah asli pada Ogos 2022 menurun 15.2% kepada 36,411 berbanding 42,942 tan pada bulan yang sama pada 2021.

Perdagangan Borong dan Runcit melonjak 33.7% tahun ke tahun kepada RM133.7 bilion, disumbangkan oleh perdagangan runcit (34.5%), kenderaan bermotor (185.3%) dan peningkatan dalam perdagangan borong (16%).

Dari segi harga, IHP dan IHPR pada September 2022 masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 4.5% dan 4.9% berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Namun begitu, peningkatan kedua-dua indeks ini rendah sedikit berbanding yang direkodkan pada Ogos 2022.

Pada September 2022, perdagangan Malaysia meneruskan prestasi yang memberangsangkan dengan eksport meningkat 30.1 peratus kepada RM144.3 bilion manakala import menokok 33% tahun ke tahun kepada RM112.6 bilion.

Sementara itu, bilangan pekerja meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 16.02 juta orang dan kadar pengangguran 3.7 peratus.

Indeks Peneraju mencapai 111.3 mata pada Ogos 2022, mencatatkan peningkatan 4.0% tahun ke tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast