Abdullah Hussin dalam sidang media pengenalan calon Pas Johor di Skudai, Johor.

JOHOR BAHRU – “Kami dengar,kami taat,” itu kata Pesuruhjaya Pas Negeri Johor, Abdullah Husin apabila hanya empat kerusi diberikan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas diputuskan pucuk pimpinan malam tadi.

Beliau yang terkilan bagaimanapun akur dan reda dengan keputusan itu.

Katanya, apabila bergabung dalam sesuatu perikatan, maka sudah semestinya tolak ansur diperlukan semasa perundingan pengagihan kerusi dilakukan.

Ini kerana keputusan muktamad dibuat oleh pimpinan tertinggi Perikatan nasional (PN) dan sesuatu keputusan yang diambil itu sukar untuk memuaskan hati semua pihak.

“Jadi kita reda dan terima keputusan ketiga-tiga parti yang paling penting komitmen kita dalam keempat-empat kawasan yang kita bertanding,” katanya pada sidang media pengenalan calon Pas Johor di Skudai, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, pas Pas Johor mengumumkan satu-satunya calon wanita, Zanariah Abdul Hamid yang akan bertanding di kerusi Parlimen di Seri Gading manakala Nazari Mokhtar dicalonkan di Parlimen Tenggara manakala Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Karim Deraman akan merebut kerusi Parlimen Parit Sulong.

Abdullah pula akan bertanding di Parlimen Muar. – MalaysiaGazette