Gambar hiasan

MANILA – Sebuah bas yang meletup di selatan Filipina mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan 11 yang lain tengah hari tadi, menurut tentera.

Mejar Jeneral Roy Galido, Komander Divisyen Infantri Keenam Tentera Darat berkata, bom buatan sendiri itu meletup sekitar 11.30 pagi waktu tempatan (0330 GMT) ketika dalam perjalanan ke barat daya dari Bandar Kidapawan ke Bandar Tacurong di Pulau Mindanao. .

Leftenan Kolonel Dennis Almorato dari bahagian yang sama mengesahkan seorang lelaki maut di tempat kejadian akibat kecederaan kaki.

Beliau menambah, beberapa penumpang yang cedera dikejarkan ke hospital tempatan.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada serangan itu ia adalah sebahagian daripada aktiviti pemerasan kumpulan penjenayah di kawasan itu.

Ia kerana, syarikat bas berkenaan telah mendapat ancaman bom, kata Galido.

Namun sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Pada Mei tahun ini, alat letupan buatan juga telah merosakkan bahagian belakang bas dari syarikat yang sama, menyebabkan dua cedera. – Agensi