Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Program Kenduri Rakyat bersama Penduduk Kampung Bohor Baru sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 08 NOVEMBER 2022.

BERA – Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan kerajaan akan mengumumkan cuti umum sehari sebelum atau selepas hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Cuti? Tunggulah kalau ada pengumuman, kita kaji dari mula (Parlimen) bubar sudah bincang timing itu.

“Tunggulah pengumuman mungin banyak lagi (nak diumumkan),” ujar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas menghadiri Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru hari ini.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera itu berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan mengumumkan cuti sehari atau selepas hari pengundian ekoran ramai merungut tergesa-gesa untuk pulang untuk mengundi pada waktu cuti hujung minggu sahaja.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 19 November ini yang jatuh hari Sabtu. – MalaysiaGazette