Gambar hiasan

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan turut mengumumkan cuti umum pada 18 Nov ini, sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, perkara itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan hari ini.

Katanya, cuti umum pada hari berkenaan bagi memberi laluan kepada pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi dalam PRU15.

“Cuti umum ini adalah untuk menggalakkan rakyat di negeri ini membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU15 pada 19 Nov,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memberi cuti umum sehari sebelum hari pengundian.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov ini sebagai hari pengundian manakala 15 Nov ialah hari pengundian awal. –  BERNAMA