Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bercakap kepada media selepas selesai menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika di Istana Kinta, Ipoh, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 21 NOVEMBER 2022.

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri baharu Perak sebentar tadi.

Dalam sidang media sebentar tadi, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad keputusan sebulat suara itu juga telah dipersembahkan kepada Sultan Pera Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta.

“Sebentar tadi saya dari BN dan Yang Berhormat Aziz Bari dari PH telah berkenaan menghadap Dulu Yang Maha Mulia, kita telah sembah maklum pada Tuanku kedua-dua parti bersetuju untuk menubuhkan kerajaan bersama iaitu BN dan PH.

“Itu yang telah kami persembahkan dan sama ada baginda yakin dan bersetuju memperkenan cadangan penubuhan kerajaan negeri ini. Itu sahajalah,” katanya kepada pemberita di luar Istana Kinta sebentar tadi.

Kerjasama itu menyaksikan gabungan berkenaan mempunyai 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu majoriti mudah daripada keseluruhan 59 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.