KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menyifatkan pertemuan antara pimpinan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan di sebuah hotel di ibu negara pagi tadi sebagai gagal.
Kata bekas Ahli Parlimen Ketereh itu, pertemuan berkenaan tidak menghasilkan keputusan sepertimana diharapkan oleh beberapa kerat pemimpin BN yang pro DAP dan PH.
“Oleh itu, time line jam 2 petang ini yang dimaklumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun malam tadi tidak mencukupi untuk team Presiden UMNO kerana masih gagal capai kata sepakat,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menempelak kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang beberapa hari sebelum mengundi mengisytiharkan BN sudah menang 114 kerusi.
Bagaimanapun, katanya semalam, iaitu sehari selepas keputusan rasmi diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Strategik itu melancarkan perang psikologi untuk mengabui ahli dengan mereka reka 10 justifikasi kenapa BN wajib bersama PH.
“Sedangkan, kita diberitahu belum ada sebarang keputusan parti, di mana hasil rundingan perlu dibawa dan diluluskan Dewan Tertinggi BN untuk dipersetujui atau ditolak.
“Tidak mustahil PN yang terlebih dahulu berjaya “cross the line”,” katanya.
Annuar berkata, ramai pemimpin akar umbi bersetuju UMNO dan BN kekal tidak menyokong mana-mana parti, sebaliknya berperanan sebagai pembangkang berwibawa.
“Kita kini berpeluang perhatikan belang masing-masing dan menunjukkan warna sebenar untuk kita nilaikan,” katanya. – MalaysiaGazette
Haaaa ni politik dendam ni tak kemana…kamu dah tak relevan lagi laa…manusia dua alam ni penjilat Muhyidin bertopengkan UMNO
parti pentingkan diri sendiri ternyata dah sekarang. bukan pentingkan negara dan rakyat . sebab dendam sedikit negara dirampas oleh extrem perkauman dan ugama.