Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Satu tangkap layar mengenai pesanan aplikasi WhatsApp tular hari ini dikaitkan dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia berkisar tentang perbualan individu yang dinamakan ‘PM DS Ismail Sabri’ dalam satu kumpulan WhatsApp.

“Saya sedia dipecat…tetap tidak akan bersama PH (Pakatan Harapan),” tulis individu berkenaan dalam kumpulan WhatsApp bernama ‘Ketua-Ketua Bahagian UMNO Malaysia’.

Dalam pesanan itu turut tertera nama Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Individu bernama ‘Datuk Seri Tajuddin KB Pasir Salak’ itu memberikan respon emoji lengan kepada ‘Ismail Sabri’.

Malah seorang lagi Ketua Bahagian iaitu ‘Dato Abbas KB Batu’ turut menyokong tindakan ‘Ismail Sabri’ tersebut.

“Yes DSIS…biar kita semua dipecat,” katanya.

Tangkap layar itu dipercayai dimuatnaik oleh anak Ismail Sabri iaitu Datin Nina Sabrina menerusi story di laman Instagram miliknya petang tadi.

“Biar tak berkuasa, jangan tak berprinsip,” tulis Nina dalam hantaran tersebut.

Awal hari ini, beberapa pemimpin UMNO dan PH mengadakan pertemuan di sebuah hotel berhampiran Menara Dato’ Onn antaranya termasuklah Ismail Sabri.

Antara pimpinan kelihatan di dalam gambar tersebut adalah Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beberapa pemimpin lain daripada kedua-dua blok parti itu.

Pertemuan tersebut berlangsung pada pagi tadi bertujuan untuk menjalinkan kerjasama untuk membentuk kerajaan pasca PRU15. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Rata2 yg bermesyuarat di Seri Pacific tu adalah Melayu. Kerana terlalu kemaruk kuasa mereka lupa kerajaan yang mereka nak tubuhkan itu adalah kerajaan DAP, kerajaan DAP! kah..kah… Apa2 pun sama2 kita saksikan langkah seterusnya dungu2 tu semua…

Comments are closed.